Sunday, May 1, 2011

Berfikir di luar kotak ( Thinking Outside of the box)


Berfikir di luaar kotak adalah cara berfikir yang sangat berlainan daripada kebanyakan orang. Yakni cara yang berani mencabar kebijaksaan konvensional dan kebiasaan serta selalu mempersoalkan sesuatu sehingga menperolehi suatu jawapan atau hasil yang sempurana . Jika cara berfikiran sebegini dapat di praktikan dengan sebenar-benarnya dan diterapkan kepada kita selaku pewaris generasi akan datang ianya akan memberi satu impak atau loncatan transformasi terhadap pembangunan dan perkembangan individu itu sendiri dan sekali gus kepada negara.

Bagaimana untuk berfikir di luar kotak ?

1. Pertama sekali, mesti keluar dari zon selesa.

2. Ambil peluang dan mencari cabaran yang baru. Sebagai contoh, jika kebiasanya kita mengambil jalan A untuk pulang ke kampung , apa kata sekali sekala mengambil jalan B pula untuk balik ke kampung. Atau jika kebiasaan pergi ke pejabat menaiki kereta apa salahnya jika menaiki pengangkutan awam.

3. Jadikan tabiat untuk mempersoal atau mencabar sesuatu amalan yang sudah stabil. Bukannya untuk mencari kesilapan atau ‘kondem’ tetapi untuk proses pembaikan.


4. Biarkan diri anda bebas untuk berfikir atau brainstorming. Berikan anda ruang dan waktu dan ini mesti di lakukan secara berkala dan berterusan. Semasa fasa brainstorming , anda menerima sahaja apa-apa yang datang dan muncul di minda anda. Seeloknya , anda membuat catatan terhadap idea-idea tersebut. Selepas itu anda perlu menapis idea-idea secara terbuka dan rasional.

Sebenarnya, untuk berfikir “ di luar kotak “ agar sukar dan mencabar. Ianya boleh mengundang tekanan (stress) tetapi jika mencuba dan terus mencuba ianya amat berbaloi walaupun hanya sekadar 10 peratus. Jangan biarkan kesempurnaan dalam tindakan menghalang anda dari berfikir cara begini.

No comments: