Thursday, August 6, 2015

Kisah Sebiji Pizza

Anak saya agak lemah di dalam pelajaran matematik terutama yang melibatkan  operasi pecahan (fraction).Secara asasnya, operasi pecahan adalah untuk membahagikan bahagian  tertentu dengan sama rata iaitu satu barang ingin di bahagikan sama rata.


Saya telah mengambil Pizza sebagai elemen kaedah pendekatan untuk menerangkan konsep asas pecahan ini. Memandangkan makanan kegemaran dia ( anak) adalah Pizza. Tambahan pula, lazimnya sebiji Pizza adalah berbentuk bulat bukan?


Jika Pizza itu di bahagikan kepada 4 bahagian jadi dalam bentuk pecahan adalah 4/4.



Satu bahagian akan bersamaan dengan 1/4 atau se-suku. Ia juga boleh di sebut 0.25 iaitu sebutan perpuluhan atau 25 % dalam bentuk peratus.



Jika dua bahagian ia menjadi 2/4 atau 1/2 atau setengah. Ia juga boleh di sebut 0.50 iaitu sebutan perpuluhan atau 50 % dalam bentuk peratus.




Jika 3 bahagian pula menjadi 3/4 atau 3 Suku.Ia juga boleh di sebut 0.75 iaitu sebutan perpuluhan atau 75 % dalam bentuk peratus.


Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan secara spontan atau santai sahaja. Jika kita ke restoran pizza, untuk pesanan sampai mengambil masa lebih kurang setengah jam. Jadi, kita boleh kesempatan itu untuk menerangkan konsep-konsep ini. Gunakan 'Quality time' bersama anak-anak dengan sebaik mungkin.

Jika kita suruh anak menghafal konsep ini mungkin selepas seketika mereka akan lupa.Tetapi jika kita mencipta memori indah, insyaallah akan tersemat dan bersemi di ingatan  sepanjang hayat.


“There are memories that time does not erase... Forever does not make loss forgettable, only bearable.” 


Jadi dengan kisah sebiji pizza anak-anak boleh pelajari :
1. Konsep pecahan
2. Konsep peratusan
3. Nomber perpuluhan





No comments: