Wednesday, October 2, 2013

Dunia Makin Panas : Apakah sumbangan kita?

Baru-baru ini saya terbaca artikel di dalam surat khabar tempatan yang melaporkan bumi kita ini suhu makin meningkat.  Fenomena ini juga dikenali sebagai "global warming".

Apa sebenarnya "global warming" ini ? Sebenarnya ianya boleh digambarkan sebagai peningkatan purata suhu yang berterusan samada di atmosfera bumi atau pun di lautan. Walaupun terdapat pendebatan tentang perkara ini, samada ianya betul atau palsu tetapi dengan data-data daripada saintis, menunjukan bumi menuju kepada kepanasan dunia.
Suhu purata bumi telah meningkat antara 0.4 dan 0.8 ° C lebih 100 yang lalu tahun. Jumlah peningkatan karbon dioksida dan gas rumah hijau lain yang dikeluarkan oleh pembakaran bahan api fosil, pembersihan tanah , pertanian, dan aktiviti-aktiviti manusia yang lain , dipercayai menjadi punca utama pemanasan global yang telah berlaku sejak 50 tahun yang lalu. 

Saintis Iklim  Panel Antara Kerajaan  telah menjalankan penyelidikan pemanasan global baru-baru ini meramalkan bahawa purata suhu global boleh meningkat antara 1.4 dan 5.8 ° C pada tahun 2100. Perubahan akibat daripada pemanasan global  termasuklah  paras laut semakin meningkat disebabkan oleh  percairan di kutub dunia. 


Adakah kita perasan tentang perkara ini? Paling ketara perubahan cuaca tidak menentu. Cuaca terlalu panas dan kadang-kadang hujan turun tidak menentu. 

Tetapi persoalannya! Apakah sumbangan kita terhadap perkara ini. Banyak pihak hanya menuding jari kepada pihak2 industri sahaja dan kita sendiri kadang-kadang banyak menyalahkan orang lain sahaja. Tetapi yang sebenarnya syarikat2 di dunia ini telah mempraktiskan satu piawaian iaitu ISO14001 sebagai satu cara untuk mengawal masalah ini.

Dan kita sebagai makhluk dan khalifah di bumi ini, apakah yang boleh kita sumbangkan?
Ya. Sudah tentu kita boleh. Bagaimanakah ? Salah satu faktor penyumbang yang terbesar adalah kekurangan bumi hijau di dunia hari ini. Apakah kaitannya ini ? 

Terlalu banyak pokok-pokok di tebang untuk memenuhi industri penghasilan kertas untuk alat tulis atau pembungkusan. Permintaannya amat tinggi.

Jadi apakah yang kita boleh buat?


Pertamanya kita mesti mula "recycle" kertas atau pembungkus yang kita guna. Pastikan kertas yang kita guna di optimumkan dengan mengguna kedua-dua muka surat.

Keduanya kita boleh menggunakan buku-buku 'second hand' sahaja. Cuba amalkan untuk mencari dan bertukar dengan rakan2. Di zaman IT ini, perkara ini amat mudah sekali di lakukan. Tentu anda semua tahu bukan.
Dan yang terakhir ( sebenarnya banyak lagi yang boleh kita lakukan) kita menggunakan tenaga elektrik secara berhemah. Sebagai contoh, sila matikan lampu setalah keluar dari rumah atau bilik. Setkan mode computer ke 'sleep' atau 'hibernate' mode jika komputer tidak digunakan. Semuanya hanya perlu dilakukan pada komputer setting sahaja. Dan kita boleh mula untuk 'particular' sedikit didalam memilih barangan elektrik yang hendak di beli. Belilah barangan yang tidak menggunakan tenaga elektrik yang tinggi.


Selamat berubah.

Berubah, Berubah, Berubah...


"Selamatkan bumi kita...kita cuma pinjam bumi ini daripada anak cucu kita "

No comments: