Bagaimana untuk berfikir di luar kotak ?
1. Pertama sekali, mesti keluar dari zon selesa.
2. Ambil peluang dan mencari cabaran yang baru. Sebagai contoh, jika kebiasanya kita mengambil jalan A untuk pulang ke kampung , apa kata sekali sekala mengambil jalan B pula untuk balik ke kampung. Atau jika kebiasaan pergi ke pejabat menaiki kereta apa salahnya jika menaiki pengangkutan awam.
3. Jadikan tabiat untuk mempersoal atau mencabar sesuatu amalan yang sudah stabil. Bukannya untuk mencari kesilapan atau ‘kondem’ tetapi untuk proses pembaikan.
4. Biarkan diri anda bebas untuk berfikir atau “brainstorming”. Berikan anda ruang dan waktu dan ini mesti di lakukan secara berkala dan berterusan. Semasa fasa “brainstorming” , anda menerima sahaja apa-apa yang datang dan muncul di minda anda. Seeloknya , anda membuat catatan terhadap idea-idea tersebut. Selepas itu anda perlu menapis idea-idea secara terbuka dan rasional.
Sebenarnya, untuk berfikir “ di luar kotak “ agar sukar dan mencabar. Ianya boleh mengundang tekanan (stress) tetapi jika mencuba dan terus mencuba ianya amat berbaloi walaupun hanya sekadar 10 peratus. Jangan biarkan kesempurnaan dalam tindakan menghalang anda dari berfikir cara begini.
No comments:
Post a Comment