Friday, August 7, 2015

Asah Minda Anak Jadi Kreatif

Pada minggu yang lalu saya berkesempatan menghadiri kursus Skil Pemikiran Minda Kreatif. Modul kursus yang dijalankan adalah sempoi dan santai. Penceramah yang bagus. Paling penting selama 2 hari berkursus langsung tidak mengantuk. Penceramah amat bijak menyusun dan kelolakan setiap aktiviti membuatkan kami sentiasa fokus dan 'participate' pada setiap aktiviti dan gerak kerja berkumpulan yang di arahkan.

Terlalu banyak jika ingin dikongsikan, tetapi pada kali ini saya cuma untuk mencetus minda kita pengenalan kepada pemikiran kreatif.

Pemikiran kreatif amat berbeza dengan pemikiran kritikal. Ianya banyak bersangkut paut dengan 'berfikir di luar kotak'. [ Nota : saya pernah menulis tentang ini pada tahun 2011. Anda boleh melihat di archive]


Baiklah.
Latihan yang pertama !
Jika kita ingin menguji pemikiran anak kita kreatif atau kritikal, anda boleh bertanya soalan ini :


" Selepas nombor 5, apa nombornya ?

" 1 campur 1 berapa ?



Atau apa yang anda lihat pada gambar-gambar ini?





Jika jawapan anak2 kita adalalah 6, maksudnya dia ialah pemikir kritikal kerana menjawab mengikut 'pattern'.

Jawapan bagi seorang pemikir kreatif adalah sebarang nombor selepas 5, contohnya 10, 20, 222 dan sebagainya.

Untuk soalan 1 + 1, jika jawapan 2 adalah terlalu tipikal. Tetapi jika jawapan selain itu adalah lebih baik. Abaikan dulu kewarasan atau boleh di terima akal atau tidak jawapan tersebut kerana latihan ini adalah untuk merangsang otak berfikir secara kreatif. Mungkin contoh jawapannya adalah 3. Bapa berkahwin dengan ibu dan mendapat anak.


Jawapan bagi setiap gambar adalah seperti berikut :




Dan


Like kami di FB :
https://www.facebook.com/superduperminda



Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.




Thursday, August 6, 2015

Kisah Sebiji Pizza

Anak saya agak lemah di dalam pelajaran matematik terutama yang melibatkan  operasi pecahan (fraction).Secara asasnya, operasi pecahan adalah untuk membahagikan bahagian  tertentu dengan sama rata iaitu satu barang ingin di bahagikan sama rata.


Saya telah mengambil Pizza sebagai elemen kaedah pendekatan untuk menerangkan konsep asas pecahan ini. Memandangkan makanan kegemaran dia ( anak) adalah Pizza. Tambahan pula, lazimnya sebiji Pizza adalah berbentuk bulat bukan?


Jika Pizza itu di bahagikan kepada 4 bahagian jadi dalam bentuk pecahan adalah 4/4.



Satu bahagian akan bersamaan dengan 1/4 atau se-suku. Ia juga boleh di sebut 0.25 iaitu sebutan perpuluhan atau 25 % dalam bentuk peratus.



Jika dua bahagian ia menjadi 2/4 atau 1/2 atau setengah. Ia juga boleh di sebut 0.50 iaitu sebutan perpuluhan atau 50 % dalam bentuk peratus.




Jika 3 bahagian pula menjadi 3/4 atau 3 Suku.Ia juga boleh di sebut 0.75 iaitu sebutan perpuluhan atau 75 % dalam bentuk peratus.


Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan secara spontan atau santai sahaja. Jika kita ke restoran pizza, untuk pesanan sampai mengambil masa lebih kurang setengah jam. Jadi, kita boleh kesempatan itu untuk menerangkan konsep-konsep ini. Gunakan 'Quality time' bersama anak-anak dengan sebaik mungkin.

Jika kita suruh anak menghafal konsep ini mungkin selepas seketika mereka akan lupa.Tetapi jika kita mencipta memori indah, insyaallah akan tersemat dan bersemi di ingatan  sepanjang hayat.


“There are memories that time does not erase... Forever does not make loss forgettable, only bearable.” 


Jadi dengan kisah sebiji pizza anak-anak boleh pelajari :
1. Konsep pecahan
2. Konsep peratusan
3. Nomber perpuluhan