Expo Buku Islam 2015 yang di adakan di Kuantan Parade, Kuantan Pahang. Perbagai booth jualan di buka, di antaranya adalah jualan buku dari syarikat penerbitan buku, peralatan pendidikan awal kanak-kanak, klinik belajar matematik bagi anak-anak bawah 11 tahun, khat kaligrafi ( anda boleh menempah ukiran nama untuk seisi kelurga dengan harga yang berpatutan) dan banyak lagi aktiviti yang menarik di sana.
Jika anda tidak ke mana-mana pada hujung minggu ini, admin syorkan anda membawa anak-anak dan keluarga tersayang ke sana. Diskaun yang hebat menanti anda di sana. Bagi pengemar dan ulat-ulat buku jangan lepaskan peluang keemasan ini terutama warga Kuantan dan sekitar.
Jika anda tercari-cari untuk membuat amal jariah, booth wakaf Al-Quran dan Telekung Solat juga di buka di sana.
kredit foto : FB Khaa Alif Lam Sodd
Perbagai buku kanak-kanak di jual di sini :
Perbagai buku santapan untuk orang dewasa juga di jual dengan harga yang berbaloi-baloi.
Jangan buang masa anda. Jom ke Expo Buku Islam 2015, Kuantan Parade Kuantan Pahang.
Tiada masa untuk ke expo atau kedai buku, anda boleh beli di sini : [ Sila Klik pada photo]
Atau Klik Di :