Thursday, October 3, 2013

Do something is better rathan do nothing!!

Wednesday, October 2, 2013

Beli Botol VS Beli Refill (Recycling campaign)

Recycling compaign to save our planet.


Pemikir Agung ( A Great Thinker)

Era atau zaman yang serba moden ini, dengan perkembangan IT yang hebat dan dasyat kita mudah mendapat infomasi dan berita-berita terkini dengan pantas. Tidak kurang juga kita sering kali mendapat tip-tip yang berguna dari rangkaian sosial seperti di FaceBook, Twitter, Blog dan lain-lain.


Adakah kita terfikir ( sekali sekala) apa yang kita terima atau kita tulis itu memberi kesan yang amat besar kepada sesetengah orang. Jika sebagai penerima, bagaimanakah penerimaan kita? Adakah kita cuma membiarkan sahaja atau cuba dan buat yang terbaik untuk dipraktikan, diamalkan dan disampaikan kepada orang lain. Bab kata pepatah yang baik jadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Bagi seorang pengirim (penulis)  pula, adakah pernah anda terfikir, tulisan anda selalu diguna pakai dan di perkatakan oleh khalayak ramai.

Jadi kalau begitu (pengirim) bolehlah kita di anggap sebagai pemikir ....!!!!

Mengikut bahasa kamus yang saya ambil dari website "free dictionary by Farlex) , maksud 'thinker' adalah seperti di berikut :

thinker
n.
1. One who devotes much time to thought or meditation.
2. One who thinks or reasons in a certain way: a careful thinker.
3. a person who thinks, esp. in a specified way or manner: a quick thinker.
4. a person who has a well-developed faculty for thinking: the great thinkers.

Berdasarkan pembacaan saya, Pemikir Ulong ini  bolehlah digambarkan  seorang  yang mempunyai kecenderungan untuk berfikir serta keupayaan untuk berfikir. Untuk menjadi Pemikir Ulong ini seseorang itu boleh mengambil kaedad-kaedah ini untuk dijadikan asas.

  1. Pemerhatian. Dengan pemerhatian, kita boleh mengukuhkan hujah/fakta.
  2. Fakta. Berdasarkan fakta kita membuat penaksiran.
  3. Pernaksiran. Dengan menguji kesahihan penaksiran  kita, kita boleh membuat andaian.
  4. Andaian. Daripada  andaian, kita  memperkukuhkan pendapat.
  5. Pendapat. Mengambil  pendapat , kita membentuk atau membangunkan hujah dengan menggunakan  prinsip-prinsip logik.
  6. Hujah. Dan apabila kita mahu mencabar hujah-hujah orang lain, kita menggunakan kritikal analisis.
  7. Analisis Kritikal (di mana kita mencabar pemerhatian, fakta, kesimpulan, dan sebagainya, dalam hujah-hujah yang kita telah analisis).

Lazimnya pemikir-pemikir ini akan mengeluarkan pemikiran mereka melalui 'quote' yang saya kira amat memberi kesan kepada kehidupan kita. Sebagai contoh 'quote' yg di keluarkan  oleh pemikir2 yang hebat yang saya ambil daripada website brainyquote.com.

Life is a mirror and will reflect back to the thinker what he thinks into it.
by : Ernest Holmes 


In the modern world of business, it is useless to be a creative, original thinker unless you can also sell what you create.
by: David Ogilvy

Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning.
by :Albert Einstein 


Dan disini juga saya ingin kongsikan beberapa 'entry' yang di tulis oleh rakan-rakan saya sendiri, yang mana saya fikir bagus untuk sama2 di fikirkan.

 Rakan1
Anda ada DREAM? Cuba cara SMART:

Soalan kpd diri sendiri..

1. [S] Apa impian aku? Cth: Banglo mewah 2 tgkatdi Bukit Istana
2. [M] Berapa nilai impian aku ni? Cth: RM1juta.
3. [A] Adakah aku mampu mencapainya dgn kerja ku skrg? Cth: inshaAllah
4. [R] Memang realistik kah harga tu? Cth: Ya
5. [T] Bila nk capai? Cth: Awal tahun 2016.

Cuba check item no. 3..ARE YOU REALLY2 SURE???


Rakan2
Cerdik dan Pandai adalah dua istilah yang berbeza... Bijaksana juga satu istilah yg sering dikatakan sama.

Rasulullah sallallahualayhiwasallam tidak tahu membaca dan menulis tapi baginda seorang yang Sangat Bijaksana.

Ramai Usahawan yang tidak tahu membaca dan menulis atau tiada kelulusan akademik atau berkelulusan akademik rendah tetapi mempunyai rangkaian perniagaan yang berbillion nilainya. Mereka bijak.

CGPA 3.84 itu memang pandai dari sudut akademik.Tahniah..


Rakan 3
Yakinlah bahawa rezeki kita tidak akan diambil orang lain DAN rezeki orang lain tidak akan dapat diambil oleh kita TANPA izin Allah....rezeki setiap makhluk telah ditentukanNya

MORAL : Jagalah hubungan persaudaraan dan hormat menghormati antara satu sama lain DAN jauhi sifat dengki dan khianat sesama kita.



Semoga perkonsian ini memberi manfaat untuk kita semua.


"Fikir2 dan Renung-renungkanlah"

Berubah, Berubah, Berubah...

Dunia Makin Panas : Apakah sumbangan kita?

Baru-baru ini saya terbaca artikel di dalam surat khabar tempatan yang melaporkan bumi kita ini suhu makin meningkat.  Fenomena ini juga dikenali sebagai "global warming".

Apa sebenarnya "global warming" ini ? Sebenarnya ianya boleh digambarkan sebagai peningkatan purata suhu yang berterusan samada di atmosfera bumi atau pun di lautan. Walaupun terdapat pendebatan tentang perkara ini, samada ianya betul atau palsu tetapi dengan data-data daripada saintis, menunjukan bumi menuju kepada kepanasan dunia.
Suhu purata bumi telah meningkat antara 0.4 dan 0.8 ° C lebih 100 yang lalu tahun. Jumlah peningkatan karbon dioksida dan gas rumah hijau lain yang dikeluarkan oleh pembakaran bahan api fosil, pembersihan tanah , pertanian, dan aktiviti-aktiviti manusia yang lain , dipercayai menjadi punca utama pemanasan global yang telah berlaku sejak 50 tahun yang lalu. 

Saintis Iklim  Panel Antara Kerajaan  telah menjalankan penyelidikan pemanasan global baru-baru ini meramalkan bahawa purata suhu global boleh meningkat antara 1.4 dan 5.8 ° C pada tahun 2100. Perubahan akibat daripada pemanasan global  termasuklah  paras laut semakin meningkat disebabkan oleh  percairan di kutub dunia. 


Adakah kita perasan tentang perkara ini? Paling ketara perubahan cuaca tidak menentu. Cuaca terlalu panas dan kadang-kadang hujan turun tidak menentu. 

Tetapi persoalannya! Apakah sumbangan kita terhadap perkara ini. Banyak pihak hanya menuding jari kepada pihak2 industri sahaja dan kita sendiri kadang-kadang banyak menyalahkan orang lain sahaja. Tetapi yang sebenarnya syarikat2 di dunia ini telah mempraktiskan satu piawaian iaitu ISO14001 sebagai satu cara untuk mengawal masalah ini.

Dan kita sebagai makhluk dan khalifah di bumi ini, apakah yang boleh kita sumbangkan?
Ya. Sudah tentu kita boleh. Bagaimanakah ? Salah satu faktor penyumbang yang terbesar adalah kekurangan bumi hijau di dunia hari ini. Apakah kaitannya ini ? 

Terlalu banyak pokok-pokok di tebang untuk memenuhi industri penghasilan kertas untuk alat tulis atau pembungkusan. Permintaannya amat tinggi.

Jadi apakah yang kita boleh buat?


Pertamanya kita mesti mula "recycle" kertas atau pembungkus yang kita guna. Pastikan kertas yang kita guna di optimumkan dengan mengguna kedua-dua muka surat.

Keduanya kita boleh menggunakan buku-buku 'second hand' sahaja. Cuba amalkan untuk mencari dan bertukar dengan rakan2. Di zaman IT ini, perkara ini amat mudah sekali di lakukan. Tentu anda semua tahu bukan.
Dan yang terakhir ( sebenarnya banyak lagi yang boleh kita lakukan) kita menggunakan tenaga elektrik secara berhemah. Sebagai contoh, sila matikan lampu setalah keluar dari rumah atau bilik. Setkan mode computer ke 'sleep' atau 'hibernate' mode jika komputer tidak digunakan. Semuanya hanya perlu dilakukan pada komputer setting sahaja. Dan kita boleh mula untuk 'particular' sedikit didalam memilih barangan elektrik yang hendak di beli. Belilah barangan yang tidak menggunakan tenaga elektrik yang tinggi.


Selamat berubah.

Berubah, Berubah, Berubah...


"Selamatkan bumi kita...kita cuma pinjam bumi ini daripada anak cucu kita "